Wednesday, October 19, 2016

Chiang Mai, Thailand.

Chiang Mai.
Company trip. October 2015. Alhamdulillah, akhirnya lepas 6 tahun kerja, 3 kali tukar company, akhirnya kalini dapat company yang bagus, jaga kebajikan pekerja, bos baik, colleagues baik, semua pun baiklah senang cite. Rezeki anak, masuk kerja sebulan, terus cuti 2bulan maternity beranak kan Nash, lepas tu masuk kerja balik 2 minggu kerja dapat join company trip ke Chiang Mai, Thailand. Dah tu dapat jalan jalan free lepas cuti maternity 2 bulan, dapat lagi lucky draw! A new Samsung Tablet for me as tablet hadiah kahwin dah anak anak buat jadi hak milik. (Sobs) Alhamdulillah. Terima kasih Allah, Kau terlalu baik untuk hamba yang macam hape ni Y_Y

So kembara bermula pagi Sabtu, mahap lah aku lupa tarikh. Pagi pagi buta sebelum subuh dah terpacak kat KLIA 2, still aku bukan orang pertama yang sampai, haruslah. Chinese sangatlah punctual hokkay. Bagus naw. Flight pagi buta, 3 jam fly ke Chiang Mai, breakfast nasi goreng AA. Sampai saja Chiang Mai di sambut tour guide dengan gelung bunga tu aku rasa macam pi Hawaii haha berangan weh haruslah. First time terbang, happy nya kemain! Pegi Thailand je pon, walaupun hati mencarut carut menyampah betul kenapa must Thailand, aku memang tak boleh padam segala kejijikan yang berlaku antara si polan dan si jijik di Thailand. Automatic ban Thailand. Tak pasal pasal kesian Jessadaporn Pholdee kesayangan hamba. Tapi memandangkan trip kalini tak ke kawasan kejadian yang jijik ittew maka aku okay lah sikit tak meroyan sangat. Happy tu masih ada. 

Sampai saja ke Thailand - ulang balik maaf saya melalut sebentar tadi - tour guide hantar kami ke hotel. Kami menginap di Ibis Style Hotel, Chiang Mai. Baik bhai. Bilik tip top. Breakfast tip top. Lokasi tip tip top top. Belanja gambar pool hohoho. 


Dah check in, terus pegi massage! Fuh. Baru lepas beranak, dapat Thai Traditional Massage. I'm the luckiest woman alive! Thai massage ni dorang suruh kita change outfit kita, pakai baju yang dorang dah sediakan, so takda lah berkemban. Selesa sangat. Harga tak ingat lah pulak. Dalam RM30 duit kita rasanya. 1 and half hours. Selesai massage, dorang kasi minum green tea. Usai di situ, tour guide bawak balik ke hotel berehat sementara tunggu nak dinner. Sebelum tu, town hall meeting. Di sini lah kejadian hakak dapat lucky draw seketul Samsung Galaxy Tab 3. Hew hew hew. Alhamdulillah. Rezeki Allah. 


Then untuk dinner bos bawak makan di Khantoke Dinner! Yang bestnya tempat ni memang exclusive habis, aku tak tau kos makan untuk sorang as boss yang keluar duit untuk semua. Sambil makan makan, di saji dengan tarian dan persembahan traditional Thailand. Makan boleh refill pulak! Saka pun take over lah hapa lagi. Di Khantoke, makanan halal is available, boleh request. As dorang masak makanan halal on separate kitchen. Ada cop Halal jangan risau. Makanan yang di saji pada kami malam tu adalah makanan tradisi Chiang Mai, agak berbeza dengan masakan Thai lain, tomyam semua takda. Oleh sebab Chiang Mai ni dekat dengan China so makanan dorang semua banyak ikut sana. Agak berbeza, nice. 




Dah kenyang semua ular ular sawa sekalian maka balik hotel dan tidur. Tapi aku biasalah mak mak kan, dah balik hotel penat camna pun nak tido tak leh nak terus tido, teringat anak, haha! Bukak lah TV, sekali ada cite Hindustan weh, Hum Saath Saath Hein, tapi subtitle Siam lah. Lulz maka aku pasrah dan tidur. 

Bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi lalalala turun lobi breakfast no diet diet semua aku sapu bersih. HAHAHA. First day trip, hmm jap aku sebenarnya dah lupa. Oh, pergi Maetang Elephant Park! around 1 hour drive from our hotel. Kat sini kitorang naik bamboo raft pusing sungai, naik lembu besau (lembu sapi kot), naik gajah pusing pusing pastu masuk sungai jugak, tengok gajah perform main bola, melukis. Gajah pun pandai main bola melukis bagai, aku setakat lukis orang lidi mampu lah. Hasil lukisan sang gajah di jual di kedai cenderatahati (betul ke aku eja) ok fine souvenir shop kat situ, beli sambil beramal. Rasanya kutipan dari lukisan tu untuk gajah gajah tu punya makanan etc. Entah lah yeop. Sepanjang kau naik gajah, naik raft tu ada je orang amek kan gambar kau, terpulang nak beli ke taknak, mak bawak monopod so mak selfie sajo hahaha kedekut. 








After melawat sang gajah, pergi pula melawat monkey king Sun Wukong hehe. Pergi Monkey School. Jangan tanya aku kat mana, sila google. Aku tak hingat. Kecik je tempat ni, bagi aku tak pergi pon takpa, aku taknak tengok binatang binatang ni semua aku nak pi food hunting! Hati menjerit tapi apa dayo tour guide syok sendiri. Menangis hati ini, ku juga bersimpati. Sobs Y_Y



Then sudah dengan Sun Wukong, beralih ke Cik Lar pulak. Melawat taman ular. Pun jangan tanya kat mana. Sekitar Monkey School tu jugak, 2-3 minit je naik bus haha! Macam macam lah, untuk tujuan photo moment so aku pun try lah main ular tu jugak. Takpa, jangan takut. Manusia lagi menakutkan dari ular. Percaya lah. Manusia lagi ular dari ular. Eh? Hehehe. 


Ku sangka sudah perjalanan pulang ke hotel, rupanya singgah lagi ke Taman Orkid. Tak rekemen sangat pergi sini melainkan anda peminat orkid tegar. Aku yang jahanam tak tahu hapa ni memang blur blur datang sini amek gambar acah acah lah, ada butterfly garden jugak, tapi kecik je haih cinonet. Pastu makan eskrim perisa durian. Itu je yang murah kat sini HAHA yang lain semua harga nakharom. Brooch di buat dari orkid and rerama yang di mumia kan (HAHAHA) di jual dengan harga tangkap leleh hanya mampu lihat senyum dan berlalu pergi degan hati tabah, keluar dan beli eskrim untuk menenangkan jiwa luka lara, naik bus balik mendapatkan aircond dan lelapkan mata adalah lebih baik. Y_Y



Sesudah itu kami pun pulang ke hotel. Eh jap pulang ke? Aah pulang hotel dulu mandi bagai. Malam tu kami keluar balik ke Night Market paling ohsem ni Chiang Mai. Glamor bhai Night Market ni, among attractions kalo datang ke Chiang Mai lah. Tour Guide hantar kami ke pasar malam, kami balik sendiri naik tuk tuk. Jalan jalan di pasar malam perut lapar, nak beli makan takut takut, risau kehalalan thoiyyiban nya. Pastu nampak gerai Fried Vege! Seronok bhai rembat a few, sedap pulak! Dipping sauce terbaik and aku tak sangka begedil kacang hitam itu sedap. Pusing pusing lagi mencari Jessadaporn Pholdee kesayangan, tak jumpa.HAHA tapi orang orang Thai memang kacak huhu. Jangan risau pasal makanan langsung datang sini, banyak variety, seafood stall banyak gila semua murah murah. Lobster, octopus, segala benda lah kau mintak saja semua ada. Murah! Dan kat situ pun ada Money Changer kot kot duit kau tak cukop kan, macam haku HAHAHA! Dan peel jangan buat orang marah ya, dah tawar tawar harga pastu taknak beli, marah lah orang kakak. Jangan begitu. Aku penat gila so memang tak larat nak pusing satu night market 4 penjuru tu so khatam 2 penjuru sajo kaki pon give up ajak balik. Naik tuk tuk 3 orang gadis balik hotel. Tak ingat jugak harga mahap lagi tapi murah lah. Abam tuk tuk pun hensem. LOL. Balik hotel, tido zzzzz.

Bangun pagi gosok gigi lagi bla bla turun lobi melahap breakfast semahunya pastu hop on tour bus. Then tour guide bawak naik bus, pegi Chiang Rai. 3 jam perjalanan dari Chiang Mai. Tengah en route tu di ketahui bahawa bendera jepun aku terpacak. Makanya singgah petrol pump, beli lah apa yang patot noks. Yang best nya sini 7 Eleven dorang happening nya haih, atau aku kah yang jakun HAHAHA. Semua benda mini mini je, murah murah lak tu. Body Mist jatuh dalam RM1 satu botol. Rembat 18botol takda cite banyak. Di Chiang Mai ni kebanyakan penduduk sini ada ladang kopi sendiri, longan etc. So maka banyak lah kau tengok cafe cafe tepi jalan pun jual kopi brew fresh depan mata kau. Heaven? YES! Sebelum sampai White Temple di Chiang Rai, kami stop by dekat Mae Kachan Hotspring, Chiang Rai. Rendam kaki, kasi hilang penat dan stress konon nya tapi mak makin stress pulak sebab air panas macam nuraka! So mak pun rebus telur puyuh sajo, beli kat stall tepi kolam tu banyak, jual telur puyuh satu bakul kecik dalam 100baht kot? ke 50baht. Ampun lah, setahun sudah berlalu mak lupa olredi. Tapi yang pasti memang murah lah. Beli coffee brew depan mata pekat likat melekat tu pun baru RM5 macam tu. Stop lebih kurang sejam saja di sini then sambung jalan ke Chiang Rai. 

 



Sepanjang perjalanan view memang cantik, naik bukit kawasan sejuk macam Cameron Highland gitu lah, dari tepi jalan nampak kebun strawberry, kebun mangga, idok pulak si tour guide ni benti kalau tak boleh aku tapao, cis. Sayang sikit kalau pergi bulan November-December lagi terasa sejuk di Chiang Mai ni, time October kami pegi tak sejuk pun, lecak jugak ketiak iols. Sampai Di White Temple lagi lah pukul 12tengahhari bhai, NURAKA JAHANAM sangat panas dia. Fuh, time ni lah nak amek gambar bagai. Mak redho. Nak masuk White Temple ni rasanya ada entrance fee, tak sure pulak berapa tapi tak mahal rasanya. Kalau taknak masuk pun takpa, amek gambo depan tu free sajo, tapi belah dalam dia lawa lah. Masuk temple ni ibarat masuk galeri seni, kat dinding temple ni ada lukisan tentang kejadian manusia, alam akhirat semua lah ikut fahaman Buddha tapi nya once you see the painting you'll know that everything makes sense. Dorang pun ada Syurga Neraka, dosa pahala. It's nice to learn about others and their belief too. Nak orang faham kau tapi kau taknak faham orang susah lah noks. So, pergi lah travel, tengok dunia luar, ragam manusia semua.Then you'll realize, the jahat one is not the religions, but the human. So, jangan cepat sentap, judge orang; diri sendiri pun bukan sempurna. If you heard the news about this and that, do your research, jangan cepat melatah pastu viral kan. Meleis love to tabur tabur fitnah tau, tak baik. Ish ish ish. Hotdog pun jadi issue. Ape benda lah, bikin malu sajo. == See aku dah melalut. Haaa..sambung balik part White Temple tadi, the painting inside, sangat unik, kau tengok nanti kau tahu. Ada Ultraman, Doraemon, Son Goku pun ada, Micheal Jackson pun hado. Gambar kau je takdo jang. HAHAHA! Dalam ni tak boleh amek gambar tau, video pun no no. Jangan degil nanti kena rotan. Kecik je dalam tu, pusing sekali dah sudah pastu keluar lah, bahagian luar luas lah, masa aku pergi tu ada lagi dorang tengah bina. And toilet dia cat gold kau tahu. Lagi mewah dari jamban Kak Mah. Aku ghase kalao Kak Mah tahu pasal jamban emas ni mahu dia cucuk Jibby suruh buat untuk dia jugak. "Kalau abam tak buat untuk Mah nanti Mah canang satu donia pasal abam dengan dot dot dot.." Gurau ja Kak Mah, jangan bom saiya.. Lulz. 







Dah penat pusing dan posing maka lapar. Next stop Restoran China bos bewanje. Aku lupa nama restoran, biasa lah, tapi ni memang restoran totally China punya, sebelah sungai Mekong? Kot. Aku lupa. Mahap. The Kraken was released and the damage was obsolute. Ular sawa ketiduran dalam bus on the way balik Chiang Mai 3jam. Sampai Chiang Mai dah petang, tapi sebab our tour guide nak bawak kitorang pegi Doi Suthep, temple yang glamor kat Chiang Mai tu maka driver bus drift lah akhirnya sempat sampai sebelum maghrib kat atas bukit nun Doi Suthep. Naik ke temple tu boleh naik tangga entah berapa ratus steps tu OR boleh naik lif. Of course lah kami naik lif. Hang gila nak panjat tangga? Bohong sangat. Lif tu unik tau, sebab naik bukit kan, so dia mcm 45 degree vertical. Kena bayar lah of course naik lif ni tapi tak mahal pun. 





Pusing pusing amek gambar, kaki dah longlai, mata dah kuyu sebenarnya memang ingat tilam bantal dah time ni. Bahang panas buat badan letih agaknya. Turun, naik bus, balik hotel, eh segar balik. Last day kat sini so kami visit lah jugak mall kat situ. Aku lupa lagi nama Mall berkenaan. Ampun. Naik bus tour guide dari hotel sampai mall, balik jalan kaki sajo. Sebab dekat sangat bhai dengan Ibis Hotel tempat kami menginap. Pusing mall, sama lah macam mall kat Malaysia ni pun, cari makan. Sudah nya makan makanan Iran kot kat tingkat 3. Niat di hati nak tengok movie, cite Ghost Ship time tu baru tayang. Nak amek feel tengok cite Thailand kat Thailand hahaha. hadap lah kau takda subtitle. Tapi sebab tiket habis so pisang lah. On the way balik hotel, terserempak Jessadaporn Pholdeeeeeeeee punya signboard iklan kat bus stop. Mak redho. Nak amek gambo dengan poster tu tapi kawan mak taknak layan kegilaan mak. Mak redho lagi. 


Balik hotel, tido. Esok nya flight pagi. Pagi ke? Pagi kot. Mak lupa lagi. Sekian. 

Kuching, Sarawak.

Kuching.
Jun 2016. Dek kerana adikku tersayang berpindah jauh nun ke Sarawak so nak melawat pun kena naik belon now. Kot kalau dulu cuma di Sentul diam nya, hari hari aku pi kacau dia. Singgah makan nasi, singgah makan megi, singgah pinjam bahu jap nak nangis se-srot dua. Now dah tak boleh, kalau nak tumpang bahu pun now dah kena beli tiket flight lagi, lagi ber srot srot sendu aku jadinya. So last June kami satu family flew to Sarawak to reunite with her and her little family. Ma dan Abah, adik dan abang, seronok jang naik MAS. Angah dan suami tak sure naik belon cap apa tapi dorang pun terbang tak sama sama kami. Hakak dan Alang, bersama anak anak iols naik AA yang super sempit ittew. Sungguh lah sempit naw naw, kalau bawak anak hatta baby sekalipun nak duduk atas riba, fikir lah sejuta kali. Lagi pula anak anak iols dah pandai meragam, taknak duk atas riba orang lain kecuali omak ea, maka nya hakak pakai seat belt pun tak fasten, bawak ipad sorang satu diam lah sekejap, pastu meragam balik, nak duduk dengan mak jugak. Hmm..1 jam 40 minit yang mencabar kesabaran seorang ibu. Terus tobat lahom taknak dah bawak anak anak naik flight sesama if dorang takda seat masing masing T_T





Sampai saja kami di Kuching, adik ipar datang jemput kami. Ma dan abah ada sekali as dorang dah awal lagi sampai. Kemain tak sabo nak jumpa cucu. Perut lapar apa lagey, bawak pegi makan lah, malaun malaun lain semua sudah tunggu di Restoran Kopi O Corner, sudah nama nya berada di Kuching, lazim nya orang order Mee Kolok, tidak. Aku tak pedulik. Aku order Mee Bakso. Lulz. Makan kenyang kenyang, balik lah rumah adik aku tu. Adik ipar siap sewa Van semata mata nak bawak kami jalan. Petang, kami ke Waterfront, jalan jalan, tapao kek lapis, sesi fotografi haha biasalah. Alhamdulillah, sekian lama tak rasa seronok, Allah beri nikmat gembira bersama keluarga. Alhamdulillah.







Nashaa siap jejoget. Happy naw ~

Malam tu adik pesan, "esok bangun awal ya, pukul 7 nak keluar dah". Tidak ku tahu bahawa pukul 7pagi di Kuching tu terang benderang macam pukul 9-10 pagi di semenanjung. Maka nya semua lewat lah macam biasa. Pukul 8 baru keluar rumah, menghala ke Sarikin, pasar border Malaysia-Indonesia. Tak perlu cop pasport, takda imigresen pun hehe. Sejam perjalanan Kuching-Sarikin, sesampai nya di sana, driver Van pi parking, kami pun berpecah mencuci mata, dan cuci bersih dompet dan segala poket yang ada. Sayangnya bila fikir takda aku amek gambar kat pasar ni. Kenapa kenapa kenapa. Barangan kat sini kebanyakan memang dari Indonesia dan semua murah murah. Barang rotan, baju baju, bagasi etc semua. Kat sini lah aku rembat Wheeled backpack aku tuh, konon untuk buat backpacking dekat dekat nanti. Panas weh sini even baru pukul 9 pagi. 

Sempat snap ni je tu pun snap sebab nak Whatsapp hasben nak tanya "nak ke?" penat aku tunggu reply, rupanya aku lupa hit send. ==

Balik dari Sarikin badan dah lemau, terus headed home. Balik terbongkang tido. Malam tu ber-BBQ pula. Aku lemau.

Esoknya lagi, ma abah ajak pergi pasar. Haaa kat pasar Satok ni lah aku jumpa Habanero weh kat sini. Sayang nya aku tak cerdik, beli sikit saja. Patut beli banyak dan buat benih, tanam di rumah. Bangang dan Sha berpisah tiada. Petang we went to Santubong dan Damai Beach Santubong untuk lepak lepak makan eskrim layan sunset. 







Esok lagi, balik. Sekali lagi 1 jam 40 minit kezabaran seurang ibu di uji Allah SWT. Ibu redho. Y_Y

Tuesday, October 18, 2016

Aquaria KLCC.

Aquaria KLCC.
Ini throwback post tahun lepas. Tak ingat bulan berapa tapi kebetulan waktu tu dapat tiket Aquaria dengan harga yang murah so rembat lah 4 ticket. 2 kasi kakak ipar, 2 sendiri pakai untuk jalan jalan bersama suami dan anak anak. Budak budak below 3yo masuk free. Sila visit http://aquariaklcc.com/ for more info. Harga asal tiket for adult is about RM46, masa tu iols dapat RM10 ke RM15 gitu lah untuk satu tiket dewasa. Sebab jarang bawak anak keluar, quality time with family tu kurang sangat so amek peluang ni lah untuk jadikan kenangan bersama. 

Kami sampai tengahari ke Aquaria ni, terlepas feeding time untuk sharks. Huhu sempat tengok feeder kasi makan ikan pari dan kawan kawan beliau sajo. Maka nya, pusing pusing jalan jalan dalam tu, boleh tahan besar jugak lah as iols tak pernah pergi mana mana Aquaria lain lagi selain yang ni so, okay lah kot. Cuma ruang untuk lalu bawah glass transparent sambil tengok ikan berenang renang atas kepala tu macam sempit sikit dan pendek je route dia. Kureng di situ. Huhu. Nashaa seronok sangat tengok ikan, which is more like mission accomplished to me HAHA. Nash pulak tido sepanjang masa. Then, hadap lah beberapa keping gambar yang ada ni ya. Sekian, harap maklong.