Wednesday, October 12, 2016

Singapore.

Singapore.
Februari 2015. Umur 28 baru pertama kali jejak kaki keluar dari Malaysia. Syabas. Malas nak ingat trip ni sebenarnya sebab trip udang di sebalik mee. Yup. But again, my first trip haruslah di abadikan, buang yang keruh busuk hapak semua, ambil yang jernih suci murni sahaja. Life must go on kekdahnya.

So dari JB kami direct ke Singapore drive sendiri. And sebenarnya if nak ke Singapore or Thailand, bawak geran kereta jangan lupa. Nanti Imigresen nak check. Masuk Imigresen Singapore before keluar must beli macam dorang punya Touch & Go, tapi tak dapat kad, bagi je nombor plate kereta nanti setiap toll yang kita lalu dalam Singapore tu dorang akan deduct dari jumlah kita beli tu. Kalau let say tak cukup, nanti before keluar dari Singapore, dorang akan check dalam sistem dan time tu yang mana tak cukup boleh topup, kalau masih ada balance, boleh guna lagi lain kali. Tak sure pulak ada validity or not. Yang bagus nya sistem toll macam ni takdalah jem jalan tu nak beratur bayar tol. Canggih.

Dah lepas Imigresen tu kami jalan je terus, tak tahu arah sebenarnya sebab data takda kan nak tengok map, waze etc. Sebab tak prepare langsung untuk trip ni so main redah je. Pusing pusing cari Haji Lane, Arab Street. Akhirnya jumpa juga. Kami tiga beranak pergi time tu, bawak baby usia 4 bulan, walaupun bawak baby carrier ye mak mak di nasihatkan bawak jugak stroller ya. It's a MUST. Baby kadang mood dia swing jugak taknak duk dalam carrier, nak baring. And bila dia tido, kan senang letak dalam stroller. Takda lah kau penat pangku je, nak makan minum pun susah. Lama pulak tu lepak kat Haji Lane tu, tak kemana pun sudah nya, lepak situ sampai malam. Jumpa kawan. Sobs. Sudahnya sempat lah rembat beberapa souvenir kat lorong sebelah mall kat Arab Street tu, boleh tahan murah jugak lah harga. Parking kereta kat parking terbuka, tapi kena bayar lah of course. Beli coupon parking kat 7 Eleven then display kan kupon tu kat cermin kereta. Tak ingat dah berapa harga tapi ikut jam jugak lah berapa lama nak parking. Then before balik JB, singgah lah Garden By the Bays tu. Masuk free. Tapi dah malam takda apa sangat kecuali lampu lampu tu lawa lah, kalau bawak DSLR ambil gambar cantik lah. Pusing pusing dalam tu sesat jugak lah, besar taman dia. Ramai singaporean jogging lah malam malam. Lepak by the bay tu memang syok lah. Sayangnya tak banyak amek gambar time tu jiwa tengah luka. Huhu. Then balik JB stay rumah cousin sajo before bertolak ke Batam pulak esoknya. 
Singapore, I will definitely come back :)

Dua tiga keping yang ada:




No comments:

Post a Comment