Wednesday, October 19, 2016

Kuching, Sarawak.

Kuching.
Jun 2016. Dek kerana adikku tersayang berpindah jauh nun ke Sarawak so nak melawat pun kena naik belon now. Kot kalau dulu cuma di Sentul diam nya, hari hari aku pi kacau dia. Singgah makan nasi, singgah makan megi, singgah pinjam bahu jap nak nangis se-srot dua. Now dah tak boleh, kalau nak tumpang bahu pun now dah kena beli tiket flight lagi, lagi ber srot srot sendu aku jadinya. So last June kami satu family flew to Sarawak to reunite with her and her little family. Ma dan Abah, adik dan abang, seronok jang naik MAS. Angah dan suami tak sure naik belon cap apa tapi dorang pun terbang tak sama sama kami. Hakak dan Alang, bersama anak anak iols naik AA yang super sempit ittew. Sungguh lah sempit naw naw, kalau bawak anak hatta baby sekalipun nak duduk atas riba, fikir lah sejuta kali. Lagi pula anak anak iols dah pandai meragam, taknak duk atas riba orang lain kecuali omak ea, maka nya hakak pakai seat belt pun tak fasten, bawak ipad sorang satu diam lah sekejap, pastu meragam balik, nak duduk dengan mak jugak. Hmm..1 jam 40 minit yang mencabar kesabaran seorang ibu. Terus tobat lahom taknak dah bawak anak anak naik flight sesama if dorang takda seat masing masing T_T





Sampai saja kami di Kuching, adik ipar datang jemput kami. Ma dan abah ada sekali as dorang dah awal lagi sampai. Kemain tak sabo nak jumpa cucu. Perut lapar apa lagey, bawak pegi makan lah, malaun malaun lain semua sudah tunggu di Restoran Kopi O Corner, sudah nama nya berada di Kuching, lazim nya orang order Mee Kolok, tidak. Aku tak pedulik. Aku order Mee Bakso. Lulz. Makan kenyang kenyang, balik lah rumah adik aku tu. Adik ipar siap sewa Van semata mata nak bawak kami jalan. Petang, kami ke Waterfront, jalan jalan, tapao kek lapis, sesi fotografi haha biasalah. Alhamdulillah, sekian lama tak rasa seronok, Allah beri nikmat gembira bersama keluarga. Alhamdulillah.







Nashaa siap jejoget. Happy naw ~

Malam tu adik pesan, "esok bangun awal ya, pukul 7 nak keluar dah". Tidak ku tahu bahawa pukul 7pagi di Kuching tu terang benderang macam pukul 9-10 pagi di semenanjung. Maka nya semua lewat lah macam biasa. Pukul 8 baru keluar rumah, menghala ke Sarikin, pasar border Malaysia-Indonesia. Tak perlu cop pasport, takda imigresen pun hehe. Sejam perjalanan Kuching-Sarikin, sesampai nya di sana, driver Van pi parking, kami pun berpecah mencuci mata, dan cuci bersih dompet dan segala poket yang ada. Sayangnya bila fikir takda aku amek gambar kat pasar ni. Kenapa kenapa kenapa. Barangan kat sini kebanyakan memang dari Indonesia dan semua murah murah. Barang rotan, baju baju, bagasi etc semua. Kat sini lah aku rembat Wheeled backpack aku tuh, konon untuk buat backpacking dekat dekat nanti. Panas weh sini even baru pukul 9 pagi. 

Sempat snap ni je tu pun snap sebab nak Whatsapp hasben nak tanya "nak ke?" penat aku tunggu reply, rupanya aku lupa hit send. ==

Balik dari Sarikin badan dah lemau, terus headed home. Balik terbongkang tido. Malam tu ber-BBQ pula. Aku lemau.

Esoknya lagi, ma abah ajak pergi pasar. Haaa kat pasar Satok ni lah aku jumpa Habanero weh kat sini. Sayang nya aku tak cerdik, beli sikit saja. Patut beli banyak dan buat benih, tanam di rumah. Bangang dan Sha berpisah tiada. Petang we went to Santubong dan Damai Beach Santubong untuk lepak lepak makan eskrim layan sunset. 







Esok lagi, balik. Sekali lagi 1 jam 40 minit kezabaran seurang ibu di uji Allah SWT. Ibu redho. Y_Y

No comments:

Post a Comment